Just another WordPress.com site

Mukadimah

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda yang bermaksud:

 

“Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaannya dan kecergasannya.” (Riwayat Al-Imam Al-Tirmizi)

*****************************************************************************************************************

Sejak akhir-akhir ini, masalah sosial dan keruntuhan akhlak termasuk umat Islam, terutamanya golongan remaja dan belia di negara ini semakin jelas dan parah sehingga ia sampai ke tahap yang merisaukan lagi membimbangkan. Ianya perlu ditangani dengan segera dan diselesaikan dengan cara berkesan. Di antara isu yang kronik selalu dipertikaikan dan membabitkan keharmonian serta kesejahteraan orang ramai ialah isu vandalism yang bertakhta di rantau ini.