Just another WordPress.com site

Kesimpulan

Setiap remaja sepatutnya berada di institusi pengajian untuk menimba ilmu sebanyak mungkin demi kecemerlangan masa depan mereka, bukannya terlibat dalam aktiviti seperti vandalism. Walaupun mereka ini masih belum mencapai tahap kematangan yang tinggi, tetapi kegiatan mereka wajib dihentikan kerana ia membawa kepada kesan yang sia-sia dan amat merugikan. Mereka akan menghadapi masa depan yang gelap, menjadi penyebab kepada wujudnya ketidaktenteraman orang ramai, menjatuhkan imej keluarga dan boleh menjejaskan potensi negara untuk mencungkil bakat dan kebolehan mereka. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah melibatkan diri untuk membanteras masalah vandalism ini. Justeru itu, pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisien dan komited. Jauhilah vandalism demi kesejahteraan bersama.