Just another WordPress.com site

Pengenalan Vandalism

Vandalism atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalism berasal daripada nama sebuah puak di Eropah,  iaitu  Vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445  Masihi.

Pada lazimnya, vandalism dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalism juga merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kondisi masyarakat.

Vandalism sebagai Ritual

Semasa suatu masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami transisi kuasa secara keras, golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan membinasakan sebarang harta benda yang dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk menyampaikan suatu mesej “mencabar”. Dalam keadaan pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda yang dianggap simbol rejim lama akan dilakukan untuk menandai tamatnya rejim lama.

Vandalism sebagai Jenayah

Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bas, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalism adalah terletak pada aspek emosi. Vandalism biasanya dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.