Just another WordPress.com site

Akibat Buruk Vandalism

Antaranya:

  • Mencemarkan nama keluarga, kesucian agama dan nilai-nilai murni perababan bangsa.
  • Mencemarkan imej dan nama negara. Ini secara langsung menyebabkan pemandangan persekitaran akan tercalar.
  • Pihak kerajaan akan mengalami kerugian yang besar dan terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menangani permasalahan tersebut terutamanya dalam soal pembaikpulih kemudahan yang dirosakkan, pembanteras, khidmat kaunseling dan lain-lain.
  • Menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna yang hendak menggunakan kemudahan tersebut yang akhirnya menimbulkan masalah ataupun kesulitan kepada mereka yang mana kemudahan awam yang tidak lagi berfungsi dengan baik tidak lagi dapat digunakan.
  • Pemilik harta pula akan mengalami kerugian dari segi wang dan memberi tekanan kepada pemiliknya kerana wang yang digunakan untuk membaikpulih barang yang telah dirosakkan boleh digunakan untuk keperluan yang lebih penting. Perbuatan ini jika tidak dapat dibendung dengan segera maka lambat laun ia boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di negara dewasa ini.